Wednesday, April 30, 2014

BONSAI DAN PENJING

Seni bonsai tidak hanya terhad terhadap sesuatu gaya atau bentuk sahaja.
Kreativiti manusia (pemain bonsai) terhadap unsur-unsur alam akan membentuk gaya tersendiri.
Salah satu bentuk yang diminati oleh pemain atau peminat bonsai ialah gaya  'penjing'.

           Penjing ialah panorama alam di dalam bekas,  pot atau pasu. Panorama alam yang digambarkan ini harus berupa ciplakan alam yang boleh atau mungkin merangkumi pohon,
batu, kayu, pasir, air, dan seumpamannya. Panorama alam secara nature yang wujud di
gunung-ganang, bukit-bukau, hutan rimba, tasik, sungai, mahupun laut  memberi sumber
ilham kepada kita. Lihatlah dahalu hasil ciptaan Tuhan Yang Maha Kaya ini.




 


        Berdasarkan ciptaan Allah Yang Maha Indah ini,  manusia menciplaknya dan sebagai pemain
bonsai, dengan kreativiti yang dimiliki,  lalu dibentuknya satu panorama alam atau landskap dalam satu pot, pasu, atau bekas. Dalam keadaan sedemikian rupa terserlahlah apa yang dipanggil sebagai  penjing.
 
        Oleh yang demikian, bonsai itu sendiri ialah penjing, tetapi penjing belum tentu bonsai. Meskipun begitu, sebagai pemain bonsai, seni penjing ini  haruslah disertai dengan dengan pepohon renek (pokok bonsai) selain elemen-elemen lain yang berkaitan.

        Sebagai rumusannya, seni penjing terpapar di atas bekas/pasu/pot nipis  melalui pohon bonsai yang terangkum bersama-sama dengan batu, kayu atau monumen seperti rumah, perahu, binatang, atau arca tertentu lalu terbentuk satu landskap atau panorama alam secara nature.

        Tatapilah kesenian daya kreativiti manusia ini.




















                   Kalau anda berseni,  kreativitilah bonsai anda menjadi penjing yang menarik dan indah