Wednesday, April 30, 2014

BONSAI DAN PENJING

Seni bonsai tidak hanya terhad terhadap sesuatu gaya atau bentuk sahaja.
Kreativiti manusia (pemain bonsai) terhadap unsur-unsur alam akan membentuk gaya tersendiri.
Salah satu bentuk yang diminati oleh pemain atau peminat bonsai ialah gaya  'penjing'.

           Penjing ialah panorama alam di dalam bekas,  pot atau pasu. Panorama alam yang digambarkan ini harus berupa ciplakan alam yang boleh atau mungkin merangkumi pohon,
batu, kayu, pasir, air, dan seumpamannya. Panorama alam secara nature yang wujud di
gunung-ganang, bukit-bukau, hutan rimba, tasik, sungai, mahupun laut  memberi sumber
ilham kepada kita. Lihatlah dahalu hasil ciptaan Tuhan Yang Maha Kaya ini.




 


        Berdasarkan ciptaan Allah Yang Maha Indah ini,  manusia menciplaknya dan sebagai pemain
bonsai, dengan kreativiti yang dimiliki,  lalu dibentuknya satu panorama alam atau landskap dalam satu pot, pasu, atau bekas. Dalam keadaan sedemikian rupa terserlahlah apa yang dipanggil sebagai  penjing.
 
        Oleh yang demikian, bonsai itu sendiri ialah penjing, tetapi penjing belum tentu bonsai. Meskipun begitu, sebagai pemain bonsai, seni penjing ini  haruslah disertai dengan dengan pepohon renek (pokok bonsai) selain elemen-elemen lain yang berkaitan.

        Sebagai rumusannya, seni penjing terpapar di atas bekas/pasu/pot nipis  melalui pohon bonsai yang terangkum bersama-sama dengan batu, kayu atau monumen seperti rumah, perahu, binatang, atau arca tertentu lalu terbentuk satu landskap atau panorama alam secara nature.

        Tatapilah kesenian daya kreativiti manusia ini.




















                   Kalau anda berseni,  kreativitilah bonsai anda menjadi penjing yang menarik dan indah






Friday, October 25, 2013

Alam Damai Taman Bonsai

Kediaman yang tidak dihiasi tumbuhan pasti kelihatan kaku tanpa seri.  Keindahan reka letak landskap
sesuatu halaman akan membentuk alam damai yang menyejutkan mata memndang.

              Berbeza dengan dekorasi dalaman , seni reka landskap bermula dengan konsep hiasan sama ada taman tropika, ala Bali, berkonsepkan zen, laman desa, atau taman bonsai.

              Bagi pemilik yang tidak mempunyai kediaman luas untuk mereka bentuk landskap, taman ringkas boleh dihasilkan malah boleh menjadi pertimbangan wajar sekiranya merancang untuk membina sesebuah taman. Apatalah lagi jika kediaman luas, pelbagai eleman hidup yang ada pada tumbuhan dan eleman mati atau kejur yang ada pada ornamen boleh bersatu dalam persekitaran yang segar dan harmoni.

              Begitu juga bagi yang gemar mengarang dan membentuk tumbuhan renek, gabungan bonsai dalam
rekaan ringkas amat sesuai. Tambahan lagi bagi pemain bonsai ini, seni bonsai anda tidak akan menyerlah
jika tidak membina taman.

             Bonsai yang diukir dan berseni ini, memerlukan taman untuk membentuk landskap yang indah
dan mendamaikan. Buat tatapan pembaca, pelbagai taman bonsai  dipaparkan di sini jika berhajat untuk
menyusun koleksi bonsai kesayangan atau menyerikan kediaman anda.


 
Bonsai dan batu berpisah tiada

Hiasan batu  dan keratan batang pokok

Untuk laman luas
Bonsai dan Pegola


Bonsai dan Arca

Tradisional

Taman Larangan
Indahnya Laman
Simple / Ringkas

Simple / Ringkas
Indahnya Bonsai
Bonsai dan Arca
Menghijau


Lagi untuk tatapan bersama









 


Monday, August 19, 2013

Keunikan Bonsai Cucur Atap

Spesies pokok herba iaitu cucur atap (Beackea Frutuscen) amat sesuai dijadikan bonsai.
       Daunnya yang halus meruncing seakan-akan daun ru dan daun junifer menarik perhatian penggemar bonsai.. Tambahan pula batangnya keras dan wujudnya  jin atau batang mati secara semula jadi menjadikan
pohon ini seakan-akan terlalu tua.
       Pohon yang bernila tinggi ni banyak ditemui di sebelah utara negeri Terengganu terutama di sepanjang
pantai Setiu dan Besut.
       Keunikan pohon bonsai cucur atap (juga dipanggil celoreng atap) pernah penulis rakamkan dalam satu Pertandingan Bonsai Cucur Atap yang diadakan di Pantai Merang pada 12 Mac 2011.
      Oleh sebab  masih menyimpan gambar-gambar tersebut, dipaparkan di sini akan keunikan bonsai cucur atap untuk tatapan bersama.